Sebagai seorang guru bahasa Melayu saya berasa sangat sedih kerana kreadibiliti seorang guru Bahasa Melayu itu sering dipersoalkan dan diperlekeh. Fenomena ini telah sekian lama menjadi isu dan beban dalam profesion seorang guru bahasa Melayu. Jika seorang guru itu kelihatan lemah lembut, lembab, tidak aktif dan malas maka masyarakat guru yang lain akan melabelkan itulah guru bahasa Melayu. Martabat dan kepribadian guru yang menagjar subjek bahasa Melayu sangat dipandang rendah oleh masayakat guru. saya merasa cukup terkilan melihat hal sedemikian. Namun kepada guru bahasa melayu di seluruh sekolah di Malaysia ini adakah wajar atau tidak pelabelan ini diberikan kepada kita sebagai guru bahasa melayu? sepatutnya mulai dari sekarang kita sama-sama mengubah persepsi ini dengan mencorakkan semula ketrampilan diri masing-masing walaupun anggapan yang diberikan itu realiti atau satu pendapat peribadi berdasarkan pengalaman peribadi seseorang..sama-samalah kita berusaha menjadi guru yang cemerlang, gemilang terbilang.